Tuesday, September 10, 2013

6 solusi untuk puting tenggelam dan leper

flat nipple? inverted nipple? beralasan untuk tak breastfeed ye... =)

sebenarnya boleh dikatakan tiada alasan untuk ibu yang sihat tidak menyusukan anak sendiri..alasan puting tenggelam dan leper sama sekali  tidak boleh dijadikan faktor utama kegagalan breastfeeding.

kenapa?
kerana pelekapan bayi yang betul ketika penyusuan bukan sekadar di puting, malah merangkumi areola!

1st of all, mommies kene tau jenis puting payu dara sendiri.

macam mane nak tau ye?
jawapannya senang je! kita hanya perlu melakukan pinch test sahaja.

ape pulak pinch test ni?
dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, picit dengan lembut kawasan areola pada jarak diameter 1 inci daripada puting. keputusannya :

1) puting normal - akan tertonjol apabila areola menerima tekanan
2) puting leper (flat nipple) - tidak tertonjol keluar apabila areola menerima tekanan
3) puting tenggelam (inverted nipple) - akan tertarik ke dalam apabila areola menerima tekanan


so camne nak buat ye kalo puting payu dara leper or tenggelam?

1) teknik Hoffman

  • letakkan ibu jari di kedua-dua pangkal puting dan tolak perlahan-lahan bertentangan dengan tisu payu dara dan pada masa yang sama, tarik kedua-dua ibu jari jauh di antara satu sama lain.
  • ulang 5x sehari mengikut putaran arah jam di sekitar puting
  • boleh dilakukan ketika hamil dan selepas bayi mula menyusu secara langsung

2) nipplette, supple cups
  • alat ini membantu mengeluarkan puting dengan menyedutnya secara sekata
  • ia memberikan pemulihan kekal untuk puting tenggelam
  • boleh digunakan sejak hamil lagi !
3) pam payu dara
  • gunakan pam payu dara sejurus sebelum sesi penyusuan untuk membolehkan bayi melekap dengan lebih mudah.
  • ia membantu lekatan bawah kulit dipecahkan dengan menolak puting keluar secara sekata daripada bahagian tengah.
4) merangsang puting
  • jika puting boleh digenggam, anda boleh menggulung puting di antara ibu jari dan jari telunjuk selama 1-2minit dan kemudian dengan segera sentuh puting dengan kain lembap, sejuk atau dibalut ais
  • elakkan penggunaan ais yang lama kerana ia menyekat aliran susu dan menyebabkan puting kebas!
5) tarik puting ketika pelekapan
  • ketika menyokong payudara semasa menyusu (meletakkan ibu jari si atas dan 4 jari di bawah payu dara), tarik puting dari tisu payu dara ke dinding dada untuk membantunya menonjol
6) nipple shield
  • alternatif terakhir
  • perlu digunakan untuk sementara waktu sahaja kerana penggunaannya secara berterusan pada jangka masa yang lama akan mengurangkan penghasilan susu
  • ia digunakan agar bayi dapat melekap dan menyusu dengan baik
7) susukan bayi sebelum payu dara bengkak
  • perlu diingat, apabila payu dara membengkak, puting akan menjadi lebih leper dan tenggelam!

kesimpulannya, tiada alasan untuk tidak menyusukan si kecil! 

it's all within us.if you set your mind to fully breastfeed your child until 2 years old, insha Allah, with the will, determination, du'a and of course effort from you and your husband and family, Allah will ease and show you the way.

let's breastfeeding mommies! =)

for more info & to order shaklee breastfeeding set :
Hamidah Che Ali
SID 866664
call/sms/wa : 017-9069616
email : amycheali85@gmail.com