Tuesday, April 16, 2013

testimoni set berpantang dan menyusu

assalamualaikum wbt...

dah lame tak update blog gara2 mejaga si kakak berusia 2 thn 4 bulan dan si adik 2 bulan.mmg tak berkesempatan langsung nak on laptop.tablet pon asyik kene share je ngn si kakak walopon dia dah ade yg dia punye.adui la anak ibu...

malam ni saya nak share serba sedikit pengalaman diri sendiri selepas menggunakan set berpantang dan set menyusu shaklee.

saya bersalin 9/2/2013 anak kedua.mase ni mmg gamble sungguh2 pegi ke hospital hanya dengan hubby.mak xde sbb blum balik umrah lagi.saya balik ke kg time tu sempena public holiday berderet 4 hari CNY ,tak plan utk bersalin di kampung sbb mak xde. tapi Tuhan itu lebih mengetahui dan sebaik-baik perancang =)

semasa bersalin,alhamdulillah saya takde masalah sgt.push 3 kali keluar dah baby boy ibu yang akhirnya diberi nama Uwais Al Qarni bin Mohd Salahuddin. birth weight 2.79kg. anak saya ditahan di wad neonatal sbb before bersalin tu, saya ada low grade temperature skit 37.5'C..so as a preventive measure, peads introduce jugak antibiotics for 2 days for my little one.

sepanjang anak di ward, sy belum discharge dari ward bersalin sbb masuk dah petang dah dari labour room. mase tu dalam fikiran saya, mampu ke saya berulang alik jenguk anak kat atas (anak di tingkat 6, saya di tingkat 1).tergambar time tu peritnye bersalin anak pertama, sebulan jalan terkepit je sbb sakit luka bersalin. alhamdulillah nak dijadikan cerita, after 4 jam bersalin, saya bangun mandi, terasa segar seperti orang tak beranak pulak!

hubby datang bawak wheelchair nak sorongkan saya jenguk anak kat tingkat 6,saya siap offer nak jalan kaki lagi tapi hubby tak bagi =) menjenguk si comel di tingkat atas, satu lagi kebimbangan ketara, cukupkah susu aku nanti? pengalaman anak pertama, 1-2 hari pertama, memang xde susu sampai la selepas berurut, baru la rezeki susu melimpah ruah.

sekali lagi Tuhan itu Maha Kaya.tidak perlu urutan utk menyusu kali ini.cukuplah dengan minum air yg mencukupi dan makan makanan berkhasiat + shaklee set berpantang/menyusu (vitalea, vit c, vit b, zinc, ostematrix dan ESP) dan yg paling penting DOA moga dimurahkan rezeki anak kali ini utk meyusu badan sehingga 2 tahun. alhamdulillah susu melimpah ruah, engorged siap..terpaksa pam dan buang je mase tu sbb kelengkapan perang nak store susu tertingggal di kemaman (tak bawak balik kg).

oopss baby dah uwekkk nak susu!

salam.

No comments:

Post a Comment