Showing posts with label breastfeeding position. Show all posts
Showing posts with label breastfeeding position. Show all posts

Friday, July 26, 2013

posisi penyusuan, yang manakah terbaik untuk anda dan si comel?

assalamualaikum wbt...
harini saya nak share sket tentang posisi penyusuan. which one is the best for you and your baby?

secara amnya, setiap kali proses penyusuan berlangsung, 

  • kepala, tengkuk dan badan bayi perlu berada dalam keadaan selari
  • hidung bayi pula perlu bertentangan dengan puting payudara anda
  • bayi perlu rapat dengan anda, perutnya bertemu dengan perut anda
  • kepala, bahu dan punggung bayi perlu diampu dengan sebaik-baiknya
  • anda (ibu) dinasihatkan untuk tidak terlalu membongkok dan sentiasa berada dalam keadaan yang selesa
Jenis-jenis Posisi

1) cradle hold

  • posisi dakapan ini merupakan kedudukan yang paling biasa diamalkan oleh para ibu menyusu
  • posisi ini membolehkan perut bayi dan perut anda bertemu, jadi anda tidak perlu memusingkan kepala bayi untuk meyusukannya
  • kepala bayi perlu berada dalam keadaan seperti berehat di dalam dakapan anda
  • dalam masa yang sama, sokong bahagian belakang badan dan punggung bayi, lengannya pula perlu berada di bahagian sisi
2) cross cradle hold

  • posisi ini hampir sama dengan posisi cradle hold
  • dengan menggunakan posisi ini, bayi akan diampu oleh sebelah lagi tangan anda
  • jika anda menyusu di payu dara kiri, bahagian badan, belakang dan kepalanya diampu oleh lengan kanan anda
  • tapak tangan anda pula akan mengampu kepala bayi
  • selain itu, badan bayi juga boleh disokong dengan menggunakan "nursing pillow"
  • anda perlu berada dalam posisi tegak, jangan membongkok kerana ia boleh menyebabkan anda berasa tidak selesa atau sakit belakang
  • posisi ini amat sesuai untuk ibu-ibu yang mempunyai saiz payudara yang agak besar
3) football hold

  • posisi ini memerlukan sokongan tambahan iaitu anda perlukan bantal menyusu bagi menyokong bayi agar kekal selesa
  • bantal berkenaan perlu diletakkan di bahagian tepi tubuh atau bawah lengan anda bagi membolehkan bayi berada sama paras dengan payudara
  • kemudian, anda perlu posisikan tubuh bayi di bawah lengan, pegang kepalanya dan halakan mulut bayi ke payu dara
  • teknik ini sangat sesuai untuk dipraktikkan oleh ibu yang melahirkan bayi secara ceasarean, ibu-ibu yang mempunyai payu dara yang besar, untuk meyusukan bayi pramatang dan bayi bersaiz kecil
  • teknik ini juga sesuai untuk menyusukan si kembar secara srerentak
4) lying down

  • posisi menyusu secara berbaring ini boleh digunakan ketika anda mahupun bayi berasa letih
  • posisi ini amat selesa, malah jika anda melahirkan bayi secara caesarean, posisi ini boleh dicuba pada hari-hari pertama kelahiran
  • lakukannya dengan meyokong kepala bayi dengan lengan ketika berbaring
5) tandem

  • lazimnya diamalkan oleh ibu-ibu yang mempunyai bayi kembar agar dia dapat menyusukan kedua-dua bayi dalam satu masa

jadi, teknik apakah yang terbaik untuk anda? 

saya selesa ber 'cradle hold' dan 'lying down'...anda bagaimana?

sumber : pa&ma ogos 2013


untuk pertanyaan lanjut mengenai produk-produk penyusuan shaklee
&
untuk menempah :

Hamidah Che Ali 
Shaklee ID : 866664
017-9069616 (call/sms/whatsapp)
amycheali85@gmail.com