harini saya nak share sket tentang posisi penyusuan. which one is the best for you and your baby?
secara amnya, setiap kali proses penyusuan berlangsung,
- kepala, tengkuk dan badan bayi perlu berada dalam keadaan selari
- hidung bayi pula perlu bertentangan dengan puting payudara anda
- bayi perlu rapat dengan anda, perutnya bertemu dengan perut anda
- kepala, bahu dan punggung bayi perlu diampu dengan sebaik-baiknya
- anda (ibu) dinasihatkan untuk tidak terlalu membongkok dan sentiasa berada dalam keadaan yang selesa
Jenis-jenis Posisi
1) cradle hold
- posisi dakapan ini merupakan kedudukan yang paling biasa diamalkan oleh para ibu menyusu
- posisi ini membolehkan perut bayi dan perut anda bertemu, jadi anda tidak perlu memusingkan kepala bayi untuk meyusukannya
- kepala bayi perlu berada dalam keadaan seperti berehat di dalam dakapan anda
- dalam masa yang sama, sokong bahagian belakang badan dan punggung bayi, lengannya pula perlu berada di bahagian sisi
2) cross cradle hold
- posisi ini hampir sama dengan posisi cradle hold
- dengan menggunakan posisi ini, bayi akan diampu oleh sebelah lagi tangan anda
- jika anda menyusu di payu dara kiri, bahagian badan, belakang dan kepalanya diampu oleh lengan kanan anda
- tapak tangan anda pula akan mengampu kepala bayi
- selain itu, badan bayi juga boleh disokong dengan menggunakan "nursing pillow"
- anda perlu berada dalam posisi tegak, jangan membongkok kerana ia boleh menyebabkan anda berasa tidak selesa atau sakit belakang
- posisi ini amat sesuai untuk ibu-ibu yang mempunyai saiz payudara yang agak besar
3) football hold
- posisi ini memerlukan sokongan tambahan iaitu anda perlukan bantal menyusu bagi menyokong bayi agar kekal selesa
- bantal berkenaan perlu diletakkan di bahagian tepi tubuh atau bawah lengan anda bagi membolehkan bayi berada sama paras dengan payudara
- kemudian, anda perlu posisikan tubuh bayi di bawah lengan, pegang kepalanya dan halakan mulut bayi ke payu dara
- teknik ini sangat sesuai untuk dipraktikkan oleh ibu yang melahirkan bayi secara ceasarean, ibu-ibu yang mempunyai payu dara yang besar, untuk meyusukan bayi pramatang dan bayi bersaiz kecil
- teknik ini juga sesuai untuk menyusukan si kembar secara srerentak
4) lying down
- posisi menyusu secara berbaring ini boleh digunakan ketika anda mahupun bayi berasa letih
- posisi ini amat selesa, malah jika anda melahirkan bayi secara caesarean, posisi ini boleh dicuba pada hari-hari pertama kelahiran
- lakukannya dengan meyokong kepala bayi dengan lengan ketika berbaring
5) tandem
- lazimnya diamalkan oleh ibu-ibu yang mempunyai bayi kembar agar dia dapat menyusukan kedua-dua bayi dalam satu masa
jadi, teknik apakah yang terbaik untuk anda?
saya selesa ber 'cradle hold' dan 'lying down'...anda bagaimana?
sumber : pa&ma ogos 2013
untuk pertanyaan lanjut mengenai produk-produk penyusuan shaklee
&
untuk menempah :
Hamidah Che Ali
Shaklee ID : 866664
017-9069616 (call/sms/whatsapp)
amycheali85@gmail.com
No comments:
Post a Comment