hipertensi bermakna bacaan tekanan darah (BP) yang menunjukkan bacaan sistolik 140mmHg atau lebih dan/atau diastolik 90mmHg atau lebih.
apa yang anda boleh lakukan?
hipertensi boleh dicegah atau dilambatkan.banyak perkara yang boleh dilakukan untuk tujuan tersebut. anda hanya perlu tahu bagaimanakah cara-caranya dan mengambil tindakan sewajarnya sekarang juga!
7 langkah cegah hipertensi
PERTAMA
ketahui risiko anda dan rancang aktiviti untuk mengurangkan risiko
mereka yang berisiko tinggi termasuklah :
- mempunyai sejarah keluarga yang menghidap penyakit hipertensi
- faktor usia yang lebih dari 35 tahun
- wanita yang pernah mengalami hipertensi semasa mengandung
- tidak mengamalkan pemakanan yang sihat dan tahap pengambilan garam yang berlebihan
- tidak mengamalkan aktiviti fizikal yang mencukupi
- perokok
- minum alkohol yang berlebihan
- sentiasa dalam keadaan stress
- mempunyai berat badan yang berlebihan,gemuk dan obes
- mempunyai tekanan darah dalm julat pra-hipertensi
KEDUA
capai dan kekalkan "berat badan unggul"dan sentiasa memantau BMI anda
indek jisim tubuh (BMI) antara 18.5-22.9 dianggap dalam lingkungan berat badan yang sihat dan mempunyai risiko rendah.
berat badan anda akan menurun secara perlahan-lahan dengan mengamalkan cara-cara berikut :
- elakkan mengambil makanan yang tinggi lemk dan kalori
- ambil makanan dalam kuantiti yang sedikit
- makan buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai snek
- bakar, rebus dan panggang makanan anda
- lakukan aktiviti fizikal setiap hari
KETIGA
amalkan aktiviti fizikal atau senaman yang berkesan
lakukanlah apa-apa aktiviti fizikal yang membuatkan anda banyak bergerak seperti berjalan kaki, berjoging, berbasikal, berenang, bermain bola, menari, bercucuk tanam, membasuh kereta atau bermain bersama keluarga.
KEEMPAT
amalkan pemakanan sihat dan kurangkan pengambilan garam
amalkan diet yang banyak mengandungi buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, legum dan susu rendah lemak
pengambilan potassium yang mencukupi dalam pemakanan penting untuk mengekalkan tekanan darah yang sihat. cadangan pengambilan potassium sebanyak 4700mg sehari dapat membantu mencegah hipertensi.
contoh diet yang tinggi potassium : pisang, jus oren, kentang bakar, jus tomato, tembikai susu.
jumlah garam yang dicadangkan bagi mencegah hipertensi ialah tidak lebih dari 5g garam (2000mg sodium) sehari atau bersamaan satu sudu teh garam.
KELIMA
tidak merokok dan sihat tanpa alkohol
nikotinyang terdapat dalam rokok mengecutkan saluran darah dan akan meningkatkan tekanan darah.
minum alkohol juga dapat meningkatkan risiko anda terhadap penyakit hiertensi, penyakit hati dan sebagainya. alkohol tergolong dalam kumpulan dadah penindas (depressant) yang menindas dan mengganggu sistem saraf dengan melambatkan fungsi/gerak balas badan.
KEENAM
pupuk minda sihat dan tangani stress
stres adalah tindak balas fizikal dan emosi terhadap sesuatu tuntutan, sama ada dalam bentuk mengekalkan jalinan perhubungan, memenuhi harapan keluarga dan untuk mencapai matlamat akademik.
stres boleh dialami oleh sesiapa sahaja.bezanya, cara kita menangani stres tersebut!
stres yang teruk boleh menyebabkan anxiety (kerisauan yang melampau) dan kemurungan. jika tidak dikawal dengan baik, ia merupakan faktor risiko terhadap hipertensi.
antara tanda-tanda stres ialah :
- degupan jantung meningkat
- otot menjadi tegang
- pernafasan menjadi cepat
- mengalami perasaan negatif seperti keresahan, kebimbangan, ketakutan atau kemarahan
- mengalami masalah tidur dan selera makan
KETUJUH
lakukan pemeriksaan kesihatan secara rutin
sasarkan tekanan darah BP anda dalam paras normal iaitu 120/80mmHg atau kurang.
mulakan hari PERTAMA anda HARI INI juga!!!
source : siri info (cegah hipertensi,elak komplikasi bahagian pendidikan kesihatan, KKM)
No comments:
Post a Comment