Kisah saya bersama Shaklee
Assalamualaikum wbt…
Harini lepak2 di rumah sambil menjaga little uwais yang demam. Saya nak share serba sedikit pengalaman saya ber’shaklee’.
Bila saya mengenali Shaklee?
Saya mula mengenali Shaklee seawal tahun 2012 melalui seorang ex-skoolmate yang galak menjual Shaklee di facebook. Ketika itu, tak terdetik sedikit pon nak join memandangkan komitmen kerja yang banyak dengan oncalls selain bekerja di waktu pejabat 8am-5pm. Time tu, saya bekerja di hospital.being a doctor di hospital, kami wajib buat calls, passive dan active calls. Masa agak terbatas utk family.hujung minggu bukan selalu dapat cuti berehat.selang seminggu pasti ada call. Tapi yang best, income masuk tatkala kesempitan di tengah bulan.lagi banyak calls, lagi banyak income, lagi sedikit mase bersama family =(
Memikirkan masa yang terhad dengan anak (ketika itu Qistina Hamraa), hubby memberi cadangan untuk saya bekerja di klinik, meaning that tak perlu lagi buat calls, hanya office hour work (8am-5pm). Saya menurut. Application form dihantar seawall june 2012, setiap bualn update dengan CC yang menjaga bahagian pertukaran doctor di JKNT.setiap bulan jugak jawapan yang sama yang saya terima.. “kami lebih utamakan doctor2 yang baru habis HO-ship”…sehinggalah bulan oktober 2012, dapat good news! “tahniah doctor! Pertukaran dah diluluskan”. Time tu hati berbunga riang, terus call mr hubby memberitahu perkhabaran gumbira ini!
Esoknya, HOD panggil, “saya belum mendapat hitam putih dari pengarah hospital pasal pertukaran awak” which means awak tak boleh tukar lagi,mesti buat calls dulu bulan berikutnya (November 2012). Arghhhh!!! Rupa-rupanya pengarah masih tak mahu melepaskan doctor chomel ini..sabar dan terus bersabar..alasan pengarah “saya nak pengganti dahulu,baru awak boleh tukar” walopon dah ade 3-4 org doctor baru masuk.
Sehinggalah pada 1 december 2012, pengarah call mintak jumpa kat ofis. “hamidah, mintak maaf lah saya lepaskan awak lambat. Hospital sibuk dengan ISO dan awak yang paling senior di UPL (unit pesakit luar), jadi saya hold awak dulu sampai abih ISO. So inshaAllah 4 december ni awak boleh register di tempat baru (pejabat kesihatan daerah kemaman)”..takpelah sbb pengarah hospital kemaman actually seorang yang nice and tolerable, so takdela nak makan hati terperuk sebulan di hospital.
Being registered at the new workplace, time is heaven! Sapa yang taknak balik tepat pukul 5pm, boleh masak utk hubby and main2 dgn anak di malam hari kan?tak perlu nak fikir hujung minggu ni mane la nak letak anak aku, kat mane la hubby nak makan especially hari jumaat (kedai makan byk tutup) etc2..tapi ade jugak cons nya being work in clinic. Selain mengadap muka2 pesakit yang sesetengahnya berpura-pura sakit (MC seekers), elaun oncall tiap2 tengah bulan dah TAKDE!!! Arghhhh! Terasa la jugak for 2k-3k per month oncall claim kan? Before this, nak beli apa2 pon duit takde masalah sangat, sekarang dah terpaksa bersukat!
Time tu dah register jadi one of the Shaklee member under nad. Tapi register utk kegunaan sendiri je. Tak terpikir pon nak involve in Shaklee biz walaupon tahu Shaklee ni bagus. Bila dah ada kekangan ekonomi, baru terfikir untuk berbisnes.tapi bisnes ape ye? Before this pernah cuba bisnes Tupperware, but finally realize that bisnes Tupperware ni tolong orang bazirkan duit pulak especially mak2 yang tergila2kan Tupperware kat luar sana.every month produk sama je yang dikeluarkan, Cuma tukar kaler tambah situ sikit sini sikit.lagipon Tupperware ni lifetime warranty.so chances utk customer repeat order tak tinggi dan every month kene cari customer baru..satu lagi yang paling penting, membazir la beli banyak2 tapi tak guna simpan dlm kitchen cabinet je,kan?
Had a thorough discussion dengan hubby before berjinak2 dengan Shaklee.mr hubby cakap Shaklee bagus kalo nak berbisnes.tambahan pulak dapat Ummi nad as my upline.mane hubby saya tau ye?sbb hubby saya kerjanya menyelongkar segenap penjuru tablet saya setiap kali balik kerja..hehehe
Mula memberikan komitmen pada februari 2013.time tu plak sibuk nak bersalin (anak 2nd –uwais al qarni).tapi order tak berenti jugak la masuk .seingat saya bulan tu saya dapat GUV 2000 dan beranak 2 dalam Shaklee.
Time berpantang amat mencabar.dari dulu lagi saya dah terbiasa utk tak menyusahkan orang lain, tapi kali ni terpaksa.takkan nak kelek baby tak sampai 40 hari lagi masuk pej pos.so adik2 dan hubby menjadi mangsa.alhamdulillah diorang byk membantu.tapi bulan confinement sales agak drop sbb banyak masa spend utk menguruskan baby n si kakak dan rumahtangga.masih belum dapat membahagikan masa dengan baik ketika itu.
12/5/2013…hari pertama kembali bekerja setelah 3 bulan bercuti..aim masa tu nak habiskan stok2 yang ade di rumah dan nak cari customer ramai lagi.yes, saya jumpa customers dan jugak potential customers. Saya bukan jenis yang suka memaksa orang menggunakan produk Shaklee, tapi lebih kepada sharing. Bila patient bertanya, saya akan mengesyorkan.apa-apa pun pesan mr hubby supaya tidak terlalu menonjolkan Shaklee di tempat kerja tetap tersemat dihati.takut langgar etika kerja katanya. Kebiasaannya kalau ada yang bertanya, saya akan menjawab, “akak call saya lepas kerja nanti k, sekarang tengah kerja patient ramai nanti lame pulak org lain tunggu”.
Mula rajin mengupdate blog pada june 2013. Kenapa ya? Sebab saya terbaca satu post mamacery di jutawan..never stop sharing! Yes saya akan terus share ilmu2 yang saya ada utk public dan cuba member konsultasi kesihatan sebaik mungkin untuk customer2 saya. The more we give, the more we get, kan? Otherwise, berkongsi ilmu tak pakai modal pon.just share knowledge yang kita ada utk orang lain.mana tau ianya bermanfaat utk diorg kan? Untung2 boleh menjadi peneman alam barkazh nanti.terang liang kubur nanti kan? =)
Income saya tak lah sebanyak upline2 saya 5 angka 6 angka setiap bulan.saya bermula dengan 2 angka, berdikit2 naik ke 3 angka dan Alhamdulillah sekarang 4 angka.upline2 saya pon dah melalui zaman getir sebelum mengecap kemanisan ber’shaklee’…from zero they become hero! Saya pon boleh jadi seperti diorang!
Anda nak jadi seperti kami?modal kami tak besar.hanyalah rm75 (rm65 membership registration + rm10 postage).yang penting semangat dan hati berkobar-kobar untuk berjaya….
Mereka boleh, mengapa tidak kita??? Jom bersama2 kami keluarga jutawan Shaklee!
Hubungi saya (hamidah) untuk maklumat lanjut:
017-9069616 (call/sms/whatsapp)
amycheali85@gmail.com
No comments:
Post a Comment