Wednesday, June 19, 2013

how to manage polycystic ovary syndrome naturally?

apakah itu polycystic ovary syndrome (PCOS)?

PCOS merupakan salah satu daripada penyakit yang berpunca daripada sistem endokrin yang tidak normal. ianya merupakan penyakit yang kompleks dan heterogenous yang tidak pasti puncanya, tetapi kebanyakan bukti menyatakan bahawa ianya merupakan penyakit genetik.


apakah simptom-simptom PCOS?

penghidap PCOS kebiasaannya akan mengalami kombinasi daripada simptom-simptom berikut : 
 1) bilangan cyst ovari yang banyak



2) polycystic ovary yang bersaiz 2-5 kali ganda lebih besar



3) tiada haid atau haid yang tidak teratur



4) tidak subur


5) jerawat



6) obes atau sukar menurunkan berat badan



7) bulu roma/rerambut di badan atau muka yang banyak



8) rambut di kepala menipis



9) bermasalah dengan insulin atau kencing manis



10) tekanan darah tinggi



11) kulit di celahan lipatan badan yang tebal dan velvet



12) hormon-hormon yang tidak stabil
  • androgen (testosterone)
  • cortisol
  • estrogen
  • follicle stimulating hormon (FSH)
  • prolactin
  • progesteron
  • insulin
  • luteinizing hormon (LH)
  • thyroid hormones


 berapa kerapkah PCOS di kalangan wanita?

 PCOS merupakan penyakit utama yang disebabkan oleh masalah sistem endokrin di kalangan wanita. dianggrkan antara 4-10% wanita mengidap PCOS. ianya merupakan faktor utama ketidaksuburan di kalangan wanita.


apakah diet asas PCOS?
"what you eat influences what your genes do"

makanlah seperti nenek moyang kita terdahulu.

apakah makanan nenek moyang kita?

PROTEIN
  • nenek moyang kita banyak mendapat sumber protein daripada hasil binatang liar buruan mereka
  • selain daging binatang buruan, mereka juga turut mengambil otak dan "bone marrow" sebagai sumber lemak (EFA)
KARBOHIDRAT

  • sayur-sayuran dan buah-buahan yang tidak berkanji merupakan sumber utama karbohidrat mereka (kaya dengan serat).
LEMAK
  • mereka mengamalkan pemakanan lemak yang seimbang (polyunsaturated, monounsaturated, omega-3) bersumberkan haiwan liar yang aktif dan tumbuh-tumbuhan.
apakah yang tidak dimakan oleh nenek moyang kita?
  1. produk hasil tenusu
  2. bijirin
  3. garam
  4. gula
  5. makanan yang diproses (packed,canned etc)
kelebihan pemakanan nenek moyang kita berbanding pemakanan hari ini
  • 2-3 kali lebih fiber
  • 1.5-2.0 kali lebih lemak polyunsaturated dan monounsaturated (lemak tak tepu)
  • 4 kali lebih lemak omega-3 (sumber ikan, kekacang, sayur-sayuran)
  • 60-70% kurang lemak tepu
  • pengambilan lemak monounsaturated 1 1/2 dari jumlah lemak keseluruhan
  • 2-3 kali lemik pengambilan protein
  • 3-4 kali lebih pengambilan potassium
  • 4-5 kali kurang pengambilan sodium
  • tiada bijiran
  • tiada gula kecuali madu
  • banyak sayur-sayuran, buah-buahan dan beri

apakah supplemen yang sesuai untuk penghidap PCOS?

kebanyakan supplemen yang sesuai untuk PCOS bertindak mengawal paras gula di dalam darah dan menstabilkan hormon-hormon yang tidak normal.

  • GLA (gamma linolenic acid)
     - berfungsi mengurangkan penghasilan hormon aktif testosteron
     - amat sesuai untuk jerawa dan hirsutism
    - anti-inflammatory effect (anti-radang) yang dapat mengelakkan saluran dapat menyempit,
      sekaligus mengoptimumkan peredaran darah.

  • magnesium
   - magnesium penting untuk pelbagai aktikiviti metabolisma di dalam badan
   - magnesium memainkan peranan penting di dalam metabolisma insulin
   - kekurangan magnesium berkait rapat dengan "insulin resistance" -salah satu punca
     kencing manis
  • zinc
   - kajian menunjukkan bahawa kekurangan zinc akan menyebabkan keberkesanan insulin
     di dalam badan berkurangan.


  • vitamin E
   - vitamin E merupakan salah satu antioksida yang sangat bagus dan perlu ada untuk
     membantu aktiviti-aktiviti metabolisma harian badan.
   - keberkesanannya terhadap insulin adalah tidak konsisten.



  • vitamin D dan kalsium
   - vitamin D diperlukan oleh pancreas untuk menghasilkan insulin.
   - vitamin D juga meningkatkan sensitiviti insulin seterusnya mengoptimumkan paras gula
   - vitamin D jika diambil bersama kalsium mampu membakar lemak dan menurunkan berat
     badan.


  • vitamin B (asid folic dan vitamin B12)
   - vitamin B12 dan asid folic ini bekerjasama menurunkan sejenis byproduct iaitu
     homocysteine.
   - penghidap PCOS mempunyai kandungan homocysteine yang tinggi di dalam badan


  • Co-enzyme Q10
   - co-enzyme Q10 merupakan produk yang dihasilkan oleh hampir setiap sel badan.
   - ianya penting untuk menukarkan karbohidrat kepada tenaga.


  • omega  3 fatty acids
   - menolong badan menjadi lebih sensitif kepada insulin
   - membantu menurunkan kadar testosterone di dalam badan


  • multivitamin  dan mineral
   - penting untuk kesihatan badan secara menyeluruh



untuk keterangan lanjut, hubungi 07-9069616 (call/sms/whatsapp)
or


resource:

No comments:

Post a Comment