Tuesday, June 25, 2013

13 tips berpuasa bagi ibu-ibu menyusu

Alhamdulillah.. syaaban sudah di pertengahan, ramadhan pula bakal menjelma. So camne semua? Dah bersedia nak berpuasa? Terutamanya untuk ibu-ibu yang bakal buat pertama kalinya nak melalui cabaran berpuasa saat menyusukan anak nanti.  Memang dalam Islam tidak memberatkan beban bagi ibu-bu hamil dan menyusukan dan diberi kemudahan iaitu rukhsah untuk berbuka (dengan syarat-syarat tertentu). Namun tidak salah sekiranya ibu-ibu cuba untuk berpuasa penuh.

Jom kita cuba tips untuk berpuasa bagi ibu menyusu meneruskan niat anda untuk terus dengan penyusuan ibu walaupun perlu melalui saat getir berpuasa. Mudah-mudahan Allah permudahkan niat kita untuk terus berpuasa penuh sebulan.

1) Banyakkan pengambilan cecair. Dua liter sehari sangat perlu. Mulakan minum bermula waktu berbuka sehingga sahur dan menjelang imsak.


 


2) Makan buah-buahan, bubur, sup dan makanan berkuah dan mengandungi air. Kurangkan mengambil terlalu banyak makanan bergula dan bergaram kerana ia boleh menarik keluar air daripada sel.


3) Ibu yang menyusukan amat digalakkan makan madu setiap hari kerana selain menambah stamina, ia berupaya meningkatkan kadar serapan kalsium dalam badan. malah ia merupakan sumber tenaga yang hebat dan semulajadi. Juga berfungsi sebagai nutrisi lengkap untuk meningkatkan dan melancarkan air susu ibu.

 



4) Berehat secukupnya. Elakkan melakukan aktiviti berat dan lasak.


5) Berbuka puasa dan bersahur dengan makanan seimbang yang kaya dengan protein, glukos dan cecair.


6) Banyakkan memakan kurma kerana ia mampu memberi tenaga segera kepada badan dan makanan penambah susu seperti sayuran hijau, buah-buahan, oat dan sebagainya.

7) Elakkan minuman berkafein dan minuman berkarbonat.


8) Lebihkan sesi menyusu secara terus dan mengepam pada waktu malam. Pam dan menyusu terus secara serentak (Tandem pumping)


9) Pentingkan diet yang mengandungi protein berkualiti daripada ikan, ayam itik, daging merah dan legum. Pastikan pengambilan kalsium yang mencukupi, daripada susu dan produk susu.


10) Tambah pengambilan makanan berserat ke dalam diet anda dengan mengambil lebih banyak buah-buahan dan sayuran segar bagi mengelakkan sembelit.


11) Jangan berhenti menyusukan bayi atau mengepam susu kerana semakin banyak susu keluar, semakin kerap payu dara dikosongkan maka semakin banyak susu ibu yang anak dihasilkan.


12) Kurangnya pengeluaran susu bukan disebabkan ibu berpuasa tetapi kurang rangsangan samada kurang menyusu terus bayi atau memerah susu.

13) Jika anda rasa anda menghadapi kesulitan untuk menyediakan makanan yang berkhasiat untuk diri sendiri, pertimbangkanlah untuk mengambil suplemen vitamin dan mineral dalam diet anda.
 

No comments:

Post a Comment