Monday, October 7, 2013

13 tips penjagaan kaki pesakit kencing manis


 

penyakit kencing manis memang glemer di kalangan masyarakat malaysia..tetapi sejauh manakah masyarakat kita, baik pesakit atau ahli keluarga mereka tahu mengenai penjagaan kaki pesakit kencing manis?

jom baca!

PERTAMA
basuh kaki anda dengan sabun terutama di celah-celah jari kaki setiap hari.
 

KEDUA
keringkan kaki dengan tuala bersih dan lembut terutama di celah-celah jari kaki.

KETIGA
sapukan losyen pelembab supaya kulit anda lembut kecuali di antara celah-celah jari.
(y? kerana celah-celah jari merupakan kawasan yg tertutup dan kurang pengaliran udara.kawasan tersebut biasanya mempunyai kadar kelembapan yang tinggi, sesuai untuk pembiakan kulat) 






KEEMPAT
amalkan urutan lembut dan perlahan-lahan di kaki dan juga jari-jari kaki

KELIMA
gunakan stoking jenis cotton yang dapat menyerap peluh dan membolehkan kaki sentiasa kering. pastikan ianya tidak terlalu ketat untuk melancarkan peredaran darah dan tukar stoking setiap hari.
 

KEENAM
elakkan berkaki ayam di luar atau di dalam rumah!
 

KETUJUH
pakai kasut mengikut saiz yang sesuai. pilih kasut yang lembut dan menutup kaki anda.

KELAPAN
periksa kasut sebelum memakainya.keluarkan objek2 yang berkemungkinan ada di dalam kasut untuk mengelakkan kecederaan di kaki ( eg pasir, batu kecik, KATAK!)
 

KESEMBILAN
potong kuku kaki secara lurus dan tidak terlalu pendek. jangan bulatkan bahagian tepi kuku!
kikis bahagian kuku supaya tidak tajam.
 

KESEPULUH
jangan merendam kaki lebih dari 5 minit di dalam air panas!

KESEBELAS
jangan duduk menyilang kaki untuk masa yang lama!


KEDUA BELAS
periksa kaki anda setiap hari di tempat yang terang. apakah yang perlu diperiksa?
  • rekahan pada kulit
  • calar
  • kudis/bisul
  • bengkak
  • luka
  • lepuh
  • perubahan warna kulit
  • callus/corns/tinec
KETIGA BELAS
luangkan beberapa minit sehari berbaring @ duduk dengan meletakkan kaki di aras yang lebih tinggi daripada badan (p/s : duduk ala-ala boss @ orang kaya..hehe)
 





 untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai supplemen-supplemen shaklee yang sangat berkesan, natural dan semestinya halal untuk pesakit kencing manis, hubungi :

HAMIDAH CHE ALI
SID 866664
017-9069616
amycheali85@gmail.com 


No comments:

Post a Comment