Sunday, June 23, 2013

vaginal candidiasis

assalamualaikum wbt...

hari ni saya nak share serba sedikit mengenai vaginal candidiasis atau nama glemer di kalangan masyarakat kita "keputihan".


apakah itu vaginal candidiasis?

vaginal candidiasis merupakan penyakit di mana spesies candida tumbuh secara berlebihan (lebih banyak daripada kebiasaan) di kawasan kemaluan wanita.

spesies candida sebenarnya ialah normal flora/yis yang tumbuh di kawasan kemaluan wanita dalam kuantiti tertentu untuk menolong memelihara iklim di kawasan tersebut. akan tetapi disebabkan oleh beberapa keadaan, spesies tersebut tumbuh melebihi paras normal.



spesies candida?

spesies candida merupakan spesies yang bersusur galur daripada genus yis. terdapat pelbagai jenis spesies candida yang boleh menyebabkan jangkitan candida samada di kemaluan, mulut, usus, mata dan sebagainya.

75% daripada candida yang menyebabkan jangkitan di bahagian kemaluan wanita adalah disebabkan oleh "candida albicans"




siapa yang mudah dijangkiti?
  1. kurang daya tahan badan (low immunity) eg pesakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, buah pinggang, ibu-ibu yang hamil, pengambilan diet yang tidak seimbang.
  2. wanita yang mengambil kaedah perancang "estrogen-based" tidak kira samada pil perancang, kaedah suntikan atau implan.
  3. wanita yang menggunakan kaedah "internal barrier" sebagai kaedah perancang keluarga. eg diaphragma, coils, sponge.
  4. wanita yang kerap mengambil antibiotik kerana antibiotik akan mengganggu normal flora di kawasan kemaluan.
apakah simptom-simptom vaginal candidiasis?
  • discaj yang pekat dan gatal

  • bengkak dan kemerahan di bahagian vagina
  • sakit ketika bersama dengan pasangan atau sakit ketika membuang air kecil


apakah rawatan yang sesuai?

  • clotrimazole pessary

- kebiasaannya dimasukkan ke dalam vagina 3 malam berturut-turut
- berfungsi sebagai local antifungal

  • clotrimazole cream

- juga bertindak sebagai antifungal
- perbezaannya hanya dalam bentuk krim
- kebiasaannya diberikan kepada wanita yang masih lagi virgin atau mereka yang mempunyai masalah keputihan di bahagian luar


langkah-langkah mengurangkan keputihan
  • elakkan daripada menggunakan "irritants" eg feminine hygiene sprays, wangian, sabun dan sebagainya
  • pastikan bahagian kemaluan sentiasa kering dan bersih
  • merendamkan bahagian kemaluan di dalam air suam untuk mengurangkan kegatalan
  • elakkan daripada menggunakan tampon
  • memakai pakaian yang longgar supaya pengaliran udara lebih baik dan mengurangkan geseran antara kulit dan pakaian


apakah produk-produk shaklee yang disyorkan?
  • alfalfa - bertindak sebagai antifungal semulajadi
  • vitalea iron formula + vitamin b complex + vitamin c - set vitamin lengkap ini sesuai untuk menguatkan immuniti badan seterusnya membantu mengawal masalah pertumbuhan candida yang tidak terkawal ini
  • garlic - bertindak sebagai antibiotik semulajadi, sesuai digunakan jika terdapat lelehan cecair berbau dan panas badan (menandakan bakteria sudah mula menyerang sama)
 

hubungi saya untuk pertanyaan lanjut:
017-9069616

No comments:

Post a Comment