Saturday, March 1, 2014

Pregnant ladies out there!!! Kenapa perlu takut minum air gula?

Assalamualaikum wbt...

Rentetan dari perbualan warga MSE di group whatsapp baru2 ini mengenai prosedur minum air gula ketika mengandung.rata2nya memberikan feedback takut untuk minum air gula disebabkan oleh rasanya yg agak manis (dah nama pon air gula, kan? Huhu) dan meloyakan selepas minum. Tapi ada jugak yg memberikan feedback positive alhamdulillah =)

Jom kita ceduk sikit ilmu2 mengenai kencing manis ketika mengandung.


Apa itu kencing manis ketika mengandung atau “Gestational Diabetes Mellitus (GDM)”?

Ia adalah sejenis penyakit sementara di mana bacaan gula tinggi ketika mengandung.

Apa yang dirasai oleh ibu2 yang menghidap GDM ni? 

meh click sini utk tahu lebih lanjut mengenai simptom2 kencing manis. 

Yang paling saya nak highlight kan di sini adalah komplikasi2 GDM ni kepada ibu dan juga baby dalam kandungan

Komplikasi kepada ibu
Komplikasi kepada bayi
Tekanan darah tinggi, preeclampsia, eclampsia
Macrosomia
Berisiko mendapat kencing manis
Kelahiran pramatang

Respiratory distress syndrome

Hypoglycemia

Berisiko mendapat kencing manis

Kematian perinatal

Jom saya ulas satu2 komplikasi2 kepada bayi di atas

Macrosomia

istilah paling senang ialah bayi besar. kebiasaannya berat bayi yang normal adalah 2.5kg-3.5kg. sekiranya >3.5kg, ianya dikategorikan sebagai bayi yang besar

Kelahiran pramatang

usia kandungan macam mana dikira pramatang? Jika si ibu melahirkan bayi sebelum 37minggu usia kandungan, ianya dikira pramatang..bak kata orang tganu “lahir dok cukup bulan” =)

respiratory distress syndrome

kebiasaannya berlaku di kalangan bayi yang dilahirkan dalam keadaan paru2 yang masih belum matang. Ianya disebabkan oleh kekurangan “surfactant”.

Apa itu “surfactant”? surfactant ni dalam bahasa mudah ialah bahan yang bertanggungjawab menolong mengisi udara ke dalam paru2 dan mengelakkan paru2 menjadi kempis(deflating). Jadinya, ia merupakan bahan yang sangat penting untuk menolong paru2 berfungsi dengan normal di kalangan bayi yang baru lahir

Hypoglycemia

Hypoglycemia ni ialah keadaan dimana gula rendah di dalam darah

Kenapa bayi baru lahir boleh dapat gula rendah pulak ye? 
Ini kerana semasa dalam kandungan, bayi tersebut sudah terbiasa dengan keadaan gula tinggi (hyperglycemia) di dalam darah, jadi secara tidak langsung pancreas bayi sudah terbiase menghasilkan insulin (enzyme utk memproses gula dalam darah) yang tinggi utk compensate keadaan gula tinggi tersebut.

Apabila keluar dari kandungan ibu, tiada lagi keadaan gula tinggi tersebut tetapi disebabkan oleh kelenjar pancreas bayi tersebut sudah di train utk menghasilkan insulin yang tinggi, terjadilah penhasilan insulin melebihi dari keperluan. Sebab tu terjadinya hypoglycemia di kalangan bayi.
Hati-hati dengan hypoglycemia ni ye...nampak ciput je tapi bayi anda boleh dapat sawan (fit) kalo keadaan ini dibiarkan tanpa dirawat segera!

Kematian perinatal

Sepanjang pengalaman saya bekerja di klinik kesihatan, ini adalah antara “komplikasi feveret” di kalangan ibu2 yang menghidap kencing manis. Kebiasaannya berlaku dikalangan ibu2 yang gagal mengawal paras glucos (gula) di dalam darah ke tahap normal ketika mengandung.

Kematian perinatal ni senang nak cerita, bayi yang dah cukup semua sifat mati di dalam kandungan. Sedih kan bila beranak, tak kedengaran suara tangisan anak..yang ada hanyalah bayi yang sempurna sifatnya tapi tak bernyawa..

Ajal maut itu pasti tetapi Allah juga meyuruh hamba-Nya supaya berusaha. Berusaha di sini, bermaksud tanggungjawab ibu memastikan paras glucos sentiasa dalam keadaan normal ketika mengandung diselangi dengan doa kepada Allah supaya kandungan sentiasa sihat dan selamat.

Kenape saya tak ulas komplikasi kepada ibu?

Sbb ibu sendiri tahu dan rasa bila berlaku komplikasi tersebut dan cepat bertindak. Kalo komplikasi kepada bayi, kebiasaannnya tindakan lambat diambil dan ‘outcome’ nya sehabis mungkin hendak dielak.

So takut lagi ke nak berkorban skit  minum air gula? Terpulang pada anda..tepuk dada tanya iman =)


untuk yang mempunyai lebihan duit, boleh la mencuba set ibu2 mengandung shaklee. highly recommended especially ESP yang terkenal dengan paras glycemic index yang rendah!

berikut adalah cadangan supplemen yang sesuai untuk ibu mengandung (tak kira anda ada kencing manis atau tak) :

  • vitalea iron formula
  • b complex
  • vitamin c 500mg SR
  • ostematrix
  • energizing soy protein
  • omegaguard (2nd & 3rd trimester)
yang ni tepuk dada tanya poket ye =)


a gud video to share with :


HAMIDAH CHE ALI
SID 866664

your TRUSTED SID in miri and brunei!

No comments:

Post a Comment