kencing manis a.k.a diabetes mellitus...
Semua org tahu ape itu kencing manis kan? Ada yang cakap
gula tinggi dalam darah.ada yang cakap air kencing itu sendiri yang manis.ade
jugak yang bagi definisi penuh.
Yupp gula tinggi dalam darah dan air kencing yg manis
(detect dari ujian air kencing) memang merupakan tanda2 penyakit kencing manis
tapi tak semestinya. Contoh yang paling senang ;
Makcik senah (nama samaran) pertama kali pegi ke klinik
harini.makcik segar bugar xde sakit ape2.Cuma mcm biase lah nak check kot2 ade
darah tinggi kencing manis ke.
MA di klinik pon ambik
bacaan gula makcik senah.paras gula makcik senah harini 12mmol/l. MA tu terus cakap
kat makcik senah, uish tingginye gula makcik.makcik ade kencing manis ni.meh
saya bagi ubat kencing manis skrg. Betoi ka tindakan MA tu?
Haa..jawapannya salah ye kengkawan..mmg 12mmol/l tu tinggi
bacaan gula makcik senah. Tapi makcik senah ni baru pertama kali pegi
check.mungkin pagi tadi sebelum ke klinik, makcik dah pekena siap2 teh tarik
gelas kaw2 punya tambah pulak dengan roti canai 3 keping!tu blum masuk side
dish donut 2-3 bijik lagi tu =)
So jawapan yang betul, mak cik senah kene datang sekali lagi
ke klinik utk diambil darah.seeloknya, makcik senah datang dalam keadaan
berpuasa (perut kosong bermula jam 12tgh malam) supaya bacaan yang tepat boleh
diambil. Lepas tu, kita tengok balik keputusan bacaan tadi.baru la boleh cakap
makcik senah ni ada kencing manis atau tak.
Panjang pulak contoh saya..heeee..
Jom kita tengok ape itu kencing manis dalam erti kata
sebenar.
·
Mula2 skali kita kena tau yg kita ni ade simptom
ke tak. Kenapa kena tau? Sbb kalo kita ade simptom, sekali bacaan gula yang
tinggi sahaje sudah memadai nak cakap yg kita ade kencing manis. Kalo xde
simptom, perlu 2x bacaan paras gula yang tinggi,baru kita boleh cakap yg kita
ade kencing manis (nnt bace ye ape simptom2 kencing manis kat bawah)
·
Yg kedua, kita kene follow diagram ni utk tahu
samada kita ni dalam kumpulan mana
Kecik sangat la pulak diagram ni..sesenang kita tengok table
ni jelah.tak payah serabutkan kepala. Biar doktor je yang serabutkan kepala
tengok diagram tu k =)
Fasting
|
Random
|
|
Venous plasma glucose (mmol/L)
|
</= 7.0mmol/L
|
>/= 11.1mmol/L
|
Diagnostic values utk yang minum air gula (OGTT) pulak macam
ni ye
Category
|
0 hour (mmol/L)
|
2 hour (mmol/L)
|
Normal
|
<6.1
|
<7.8
|
IFG
|
6.1 - 6.9
|
-
|
IGT
|
-
|
7.8 - 11.0
|
DM
|
>/= 7.0
|
>/= 11.1
|
So ape pulak simptom-simptom kencing manis ni?
Sadly said, kencing manis ni 50% takde simptom langsung! Sbb
tu la ramai terkejut, check2 gula tinggi! Itu la jugak sebabnye kenape
kementerian kesihatan malaysia suggestkan sesiapa yg berusia 30 tahun ke atas,
sila2 lah melawat klinik utk check kencing manis ni.bukan lame pon..paling2 pon
setengah hari je kot kene tunggu kalo patient terlampau ramai.kalo nak cepat
lagi, pegi ke private clinic pon xpe. Janji setahun sekali check la okeh! Membebel
pulak doktor nih! Hihi
Jom kita tengok ape dia simptom2 kencing manis...
1)
Polyuria – kerap kencing
2)
Polydipsia – kerap dahaga
3)
Polyphagia – makan banyak
4)
Lost of weight – turun berat badan
5)
Nocturia – kerap bangun utk kencing di malam
hari
6)
Malaise/ lethargy – letih atau dokrok cettong
org tganu cakap =)
7)
Altered vision – perubahan visual (pandangan
kabur kebiasaannya)
Ni pulak faktor2 yang menyebabkan anda berisiko untuk dapat
kencing manis
·
Usia 35 tahun dan ke atas
·
Sejarah keluarga menghidap kencing manis
·
Berlebihan berat badan
·
Tidak aktif bersukan
·
Darah tinggi
·
Sejarah kelahiran bayi yang besar (>3.5kg)
atau mempunyai sejarah kencing manis ketika mengandung
·
Penyakit autoimmune (eg : hypo atau
hyperthyroidism)
Korang termasuk dalam group2 ni ke? Jom2 ringankan kaki
semua gi ke klinik utk check ya!
Ini adalah saranan supplemen2 shaklee yang korang boleh try..
·
Vivix
·
GLA complex
·
Zinc complex
·
B complex
·
Vita C 500mg SR
·
Alfalfa complex
·
Ostematrix
·
Carotomax
·
Vitalea
·
coQ health
tapi ingat tau, nasihat doktor jgn diabaikan. Kalo doktor
mintak korang makan ubat, makanlah ok. Kebiasaannya, kami para doktor akan
start ubat jika gula dah tinggi sgt tak boleh di control dengan diet =)
kepada sesape yang nak dapatkan diagram tu, boleh google " CPG Diabetes Mellitus " =)
source : Clinical practice guidelines diabetes mellitus
source : Clinical practice guidelines diabetes mellitus
HAMIDAH CHE ALI
SID 866664
your TRUSTED SID in miri and brunei!
No comments:
Post a Comment