Tuesday, January 22, 2013

my 1st supplement from Shaklee - vitalea iron formula


Assalamualaikum wbt

Hari ni saya nak share sikit tentang supplemen pertama yang saya ambik from shaklee - Vitalea iron formula.
tujuan utama saya ambik vitalea ni sebenarnya nak prepare diri sendiri sebelum pregnant kali ke-2. kerap kali saya diingatkan oleh bos saya (pakar O&G) mase 1st pregnancy hari tu tentang betapa pentingnya preparation before mengandung.

sebenarnya dari zaman medical student lagi mmg dah blaja kepentingan good nutrition and folic acid before mengandung.even my O&G lecturer pon advise suruh ambik 3 tahun before mengandung.tapi yela dengan kekangan masa dan kerja yg sangat busy dengan oncall 8-9 kali sebulan, mmg saya tak ambik cakna la sangat pasal kesihatan.janji cukup makan je hehe..

satu hari tu terfikir lah utk mengandung lagi since anak pon dh besar. pastu saya teringat balik kata2 nasihat dari pakar2 O&G dan lecturer saya sebelum ni. banyak jugak saya baca from the internet tentang good nutrition before pregnant, mother's preparation before pregnancy etc. lepas tu, ade kawan tgh promote shaklee kat facebook. awalnye saya tak brapa yakin sbb saya mmg dari dulu bukan jenis yg ambik supplemen. banyak la saya argue dgn kawan tu pasal shaklee vitalea ni sebelum Allah membukakan hati saya utk mencuba :)

saya ade bace review pasal vitalea before saya comsume.ade review menyatakan badan rasa cergas dan bertenaga selepas tak sampai seminggu ambik vitalea.masa saya cuba tu, mmg takde la effect sebegitu pantas. sbb nya saya ni tak compliance pada ubat.culas! makan pon selang2 hari mane yg ingat ambik mane yg tak ingat tinggal hehehe..bile dh masuk 2nd month tu baru tekad tak nak culas lagi. Alhamdulillah saya rasa the difference. badan rase energized.tak la slalu rase mnegantuk nak tido je pagi2 nak gi keje. boleh bergerak aktif walopon oncall byk kali sebulan disamping menguruskan anak dan rumahtangga tanpa bantuan sesape (my husband sibuk dgn kerja mase tu sbb tgh involve ngn project, jadi balik lewat selalu menjadi rutin hariannya disamping weekend kerja non-stop).

kenapa saya tak ambik vitamin dari hospital je sedangkan saya ni doktor dan senang2 je boleh dapat ubat free dari hospital??? mesti ade jugak org yg tertanya2 kan?saya ade reason sendiri. sbb utamanya ialah saya ni culas makan ubat.makan yg sebijik sehari pon dh culas apatah lagi nak makan hematinics (4 bijik sehari). kalau nak ambik supplement hospital,xde yg sebijik multivitamin.kene ambik vitamin asing2 (total 4 biji la biasanya)dulu farmasi hospital mmg ade tablet mutivitamin, tapi sejak 2-3 tahun lepas kementerian kesihatan dah tak benarkan order multivitamin lagi.maybe nak cut budget kot sbb multivitamin mmg mahal pon actually.pernah tanye pharmacist dulu, dia cakap harga sebotol multivitamin dalam rm80 (from germany tapi tak tau brand ape).pastu patients pulak ade yang jenis tak reti nak hargai ubat free, bile tak makan terus buang je..sangat membazir kan? sbb kedua ialah saya nak supplemen yg ade iron formula jugak nk prepare a good hemoglobin level sebelum mengandung. dan sememangnya tablet ferrous fumerate 200mg (iron tablet) dari farmasi hospital saya tak boleh nak compliance dari dulu lagi disebabkan oleh sembelit yg sgt teruk. so bile saya tgk ingredient dlm vitalea iron formula ni, ade jugak ferrous fumerate yg menyebabkan sembelit tu, cume dalam kuantiti yg sedikit 9mg je. so saya decide utk try.mane tahu with such a small amount of iron, saya tak sembelit dan dlm masa yg sama boleh add on iron in my body. alhamdulillah everything went smoothly ;)

below are the shaklee vitalea iron formula contents :
  1. vitamin A (as beta carotene)   1250IU/tab
  2. vitamin A (as vitamin A acetate)   1250 IU/tab
  3. vitamin C ( as ascorbic acid)    60mg/tab
  4. vitamin D3 (as cholecalciferol)   200IU/tab
  5. vitamin E (as d-alpha tocopheryl acid succinate)   30IU/tab
  6. Thiamin (as thiamine mononitrate)   0.75mg/tab
  7. riboflavin   0.85mg/tab
  8. niacin (as niacinamide)  10mg/tab
  9. vitamin B6 ( as pyridoxine hydrochloride)   1mg/tab
  10. folate (as folic acid)  200mcg/tab
  11. vitamin B12 (as cyanocobalamin)   3mcg/tab
  12. biotin ( as d-biotin)   150mcg/tab
  13. pantothenic acid (as d-calcium patothenate)  5mg/tab
  14. calcium (as dicalcium phosphate)  225mg/tab
  15. phosphorus (as dicalcium phosphate)  175mg/tab
  16. iodine (as potassium iodide and sea kelp)   75mcg/tab
  17. magnesium (as magnesium oxide)   100mg/tab
  18. zinc (as zinc gluconate)  7.5mg/tab
  19. selenium (as trace mineral protein hydrolysate)  35mcg/tab
  20. copper (as copper gluconate) 1mg/tab
  21. manganese (as manganese gluconate)  1mg/tab
  22. chromium (as trace mineral protein hydrolysate)  60mcg/tab
  23. molybdenum (as trace mineral protein hydrolysate) 37.5mcg/tab
  24. nickel (as trace mineral protein hydrolysate)   7.5mcg/tab
  25. tin ( as trace mineral protein hydrolysate)   5mcg/tab
  26. vanadium (as trace mineral protein hydrolysate   10mcg/tab
  27. boron (as trace mineral protein hydrolysate)   0.5mg/tab
  28. iron (as ferrous fumerate)   9mg/tab
kat sini saya nak share serba sedikit tentang kepentingan pengambilan folic acid sebelum dan semasa mengandung.

folic acid atau nama lainnya vitamin B9 banyak terdapat dalam sayuran hijau eg bayam, jus oren etc. banyak kajian menyatakan bahawa pengambilan folic acid sebanyak 400mcg/day sebelum pregnant dan trimester pertama pregnancy boleh mengurangkan risiko bayi dalam kandungan mendapat "neural tube defect" (kecacatan melibatkan kerencatan berkembangan otak dan saraf tunjang) sebanyak 70%.

di antara contoh2 neural tube defect yang biasa berlaku ialah :
  1. spina bifida
  2. anencephaly
  3. encephalocele
kebiasaannya "neural tube defects" berlaku seawal 28 hari mengandung - time frame di mana kita sendiri pon tak tau atau tak sedar kita mengandung! sebab itulah wanita dalam lingkungan childbrearing age sangat penting mengamalkan pemakanan seimbang dan pengambilan supplemen seperti folic acid yg mencukupi demi memastikan future pregnancy takde masalah. sesetengah yang merancang utk mengandung mungkin mempunyai kesedaran ini tapi 50% dari pregnancies were unexpected! =)

ok la..kalo ade ape2 isu berbangkit boleh comment di column comment k. sesape yg berminat nak mengorder vitalea-iron formula ini, jgn malu2 utk contact saya ok =)

wassalam.










No comments:

Post a Comment